Sabtu, 18 November 2017

OUMH1203 - ENGLISH FOR WRITTEN COMMUNICATION (GLOBAL WARMING)


1.0 INTRODUCTION

Global warming is a phenomenon of gas emissions known as greenhouse gases where gas groups (carbon dioxide, carbon monoxide, chlorofluorocarbons (CFCs), methane, nitrogen oxides) block and trap earth heat from being released into space. This gas group allows sunlight to pass through it but inhibits the release of the earth to the atmosphere.

It has being a huge environmental issue, it has become very necessary to increase awareness about it among common public all over the world.

This situation occurs due to human activities such as deforestation, industrial activity, open burning, vehicle exhaust, forest exploration for development activities and others.

To mitigate the negative impact of global warming, the role of individuals and governments in a country is important. It should be a commemoration and give information about the seriousness of the issue of global warming to others. Individuals also need to respond positively to government calls to equally mobilize them to address this problem.

2.0 CONTENT
2.1 Cause of global warming

Global warming is an environment that has a high temperature rise compared to normal temperatures. This is happening because of the causes of the global warming phenomenon.

Among the causes of this phenomenon are massive and widespread forest burning, the use of tools containing chlorofluorocarbons (CFCs) that result in the depletion of ozone layer, excessive agricultural activity using insecticides and chemical fertilizers, as a result of greenhouse gases, the use of motor vehicles using fuel as a fuel, a smoke-free industrial plant that contains sulfur dioxide and nitrogen oxides and also a natural factor of volcanic eruptions.

2.2 Measures can governments and individuals take to tackle the issue of global warming.
An individual can overcome the global warming by ensuring that vehicle tires are adequately pumped because the unmanaged tires will release much carbon dioxide gas into the atmosphere, avoid using hot water for washing clothes instead of using an appropriate cleaner that can be used in cold water or warm up, remove the electric wire plaque on its socket when it is not used because the electrical wiring plugs that are still connected to the socket will cause the electric current to flow, planting the tree in the home can also overcome this phenomenon and buy the recyclables for reducing waste generation .

Governments should intensify (R & D) on the use of energy sources that are the use of non-polluting technologies or spoil natural resources, laws designed to reduce logging and deforestation, upgrading infrastructure and safe public transport system so that private car consumption can be reduced, recycling should be promoted with various ideas to be aware of the importance of safeguarding mineral resources and implementing effective prevention programs on the use of CFCs internationally.

3.0 CONCLUSION

Every member of the community regardless of race should help each other and work together to avoid the global warming phenomenon from continuing to become more serious, as the saying goes, "it's heavy to bear, lightly carried as well." Without the support and cooperation of individuals and governments, these sources of global warming will not be avoided.




Sabtu, 11 November 2017

MPU3313 KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN

1.0       PENGENALAN

Berdasarkan perbincangan tugasan ini, pengamalan kesihatan dan kesejahteraan pada seorang individu, keluarga dan komuniti dapat memberikan kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran dalam kehidupan harian mereka.  Sebaliknya, kehidupan yang gembira sukar dikecapi, begitu juga seseorang individu mungkin tidak dapat menikmati kemakmuran jika tidak gembira atau kurang sihat.

Secara formal definisi bagi kesihatan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO – World Health Organization) adalah keadaan kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesejahteraan sosial adalah lengkap, dan bukan hanya tanpa penyakit dan lemah. 

Dalam pengertian kesejahteraan pula, Edlin dan Golanty (2010) merumuskan konsep kesejahteraan sebagai pendekatan yang proaktif dan pencegahan yang direka bentuk untuk mencapai kesihatan fizikal serta fungsi sosial dan emosi yang optimum.  Ia boleh dilihat sebagai komitmen dalam batasan dan potensi peribadi ke arah kesihatan yang optimum, tanpa semata-mata memberi tumpuan pada ketiadaan penyakit sahaja.

Konsep kesihatan dan kesejahteraan merupakan komponen penting dalam kesejahteraan.  Dimana untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan, ciri-ciri gaya hidup yang sihat serta tanggungjawab peribadi perlulah dititikberatkan.   

Kita dapat lihat, beberapa ciri gaya hidup yang sihat dan sebagai garis panduan bagi seseorang individu iaitu makan diet yang seimbang dan berkhasiat, kekal berat badan ideal, seringkali bersenam, mampu menangani tekanan, mampu menangani emosi yang berlebihan, rehat dan tidur mencukupi, kekalkan keseimbangan yang baik dalam pekerjaan dan aktiviti sosial, beribadah berdasarkan kepercayaan masing-masing, elak merokok, minum alkohol serta penyalahgunaan dadah, menjalani pemeriksaan saringan kesihatan untuk mengesan lebih awal ancaman kesihatan, utamakan keselamatan diri, berusaha meningkatkan diri secara berterusan, berfikiran yang optimistik dan positif dalam kehidupan harian serta amalan yang aktif dalam persekitaran yang sihat.

Untuk mencapai dan mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan seorang individu, terdapat tiga sifat tanggungjawab dalam peribadi perlu dititikberatkan iaitu mengambil tindakan mengekalkan kesihatan yang optimum, mengambil berat terhadap terhadap kesihatan dan kebajikan orang lain serta kesedaran terhadap kesihatan dan membuat keputusan mengenai kesihatan.

Secara menyeluruh, pengamalan gaya kehidupan yang sihat dan sejahtera memberi enam manfaat yang komprehensif seperti peningkatan kecekapan kardiovaskular atau jantung dan saluran darah, peningkatan tonus, kekuatan, fleksibiliti dan ketahanan otot, peningkatan kawalan kendiri, kecekapan kendiri dan harga diri, peningkatan pengurusan tekanan dan pandangan dalam kehidupan, peningkatan hubungan interpersonal serta penurunan kes kematian dan morbiditi akibat penyakit dan lain-lain.

Kepentingan berdasarkan enam manfaat yang komprehensif dalam amalan hidup sihat dan sejahtera iaitu kepentingan dalam pencegahan penyakit, kepentingan dalam keupayaan anggota badan bergerak dan bertindak untuk menjalankan aktiviti harian, kepentingan dalam keyakinan diri dan berperasaan baik, kepentingan dalam menghadapi cabaran dan rintangan dalam kehidupan, kepentingan dalam perhubungan yang sihat dan kepentingan dalam penjagaan pemakanan dan diet.

Secara ringkasnya, kesihatan merupakan keadaan kehidupan yang sihat sejahtera berdasarkan keupayaan seseorang individu melaksanakan aktiviti harian mereka.  Sebaliknya kesejahteraan pula merupakan proses aktif seseorang apabila menyedari  tahap peribadi dan membuat pilihan secara sedar untuk memperolehi lebih kebebasan daripada kekangan dalam mencapai kepuasan untuk berjaya.

2.0       ENAM FAEDAH KOMPREHENSIF HASIL DARIPADA AMALAN GAYA HIDUP SIHAT DAN SEJAHTERA

2.1       Peningkatan Kecekapan Kardiovaskular atau Jantung dan Saluran Darah

Dalam tubuh kita, jantung memainkan peranan yang penting.  Dimana jantung berfungsi mengepam darah untuk membolehkan oksigen sampai ke badan.  Apabila sistem kardiovaskular atau sistem jantung adalah lebih baik, fungsi jantung akan berkekalan baik dan dapat membantu dalam mencegah berlakunya penyakit kardiovaskular. 

Contohnya beriadah atau bersenam seperti berlari, bersukan, berjalan dan aerobik merupakan amalan gaya hidup sihat dan sejahtera.  Apabila beriadah atau bersenam badan akan mengeluarkan peluh.  Maka itu, toksin dalam badan juga akan turut keluar melalui peluh.  Justeru itu, bagi memastikan tubuh badan menjadi cergas dan dapat membantu dalam sistem peredaran darah, senaman berjadual secara teratur sangatlah diperlukan.  Perlu diingatkan saluran darah yang tersekat boleh mengakibatkan strok.

2.2       Peningkatan Tonus, kekuatan, Fleksibiliti dan Ketahanan Otot

Amalan hidup yang sihat dan sejahtera dapat memberi ketahanan otot yang baik serta keupayaan badan bergerak dalam menjalani aktiviti harian.  Contohnya peningkatan kekuatan dan ketahanan otot yang baik, dapat menyokong pergerakan aktiviti ekonomi yang dapat memberi kualiti kehidupan yang baik.  Kita boleh lihat juga, individu yang sihat dari segi fizikal mempunyai kehidupan yang baik dan dapat menikmati fleksibilti serta kekuatan dalam menangani tekanan dan kepenatan.  Oleh itu, dalam menjalani kehidupan harian pergerakan badan yang tangkas dan kuat memerlukan tulang dan sendi yang baik.
  
2.3       Peningkatan Kawalan Kendiri, Kecekapan Kendiri dan Harga Diri

Seseorang individu yang mempunyai kawalan diri yang baik terhadap kesihatan mempunyai harga diri yang lebih tinggi serta sentiasa berasa gembira dan mesra.  Contohnya ditempat kerja.  Seorang pekerja yang mengamal hidup sihat dan sejahtera, sentiasa berfikiran baik dan berkeyakinan diri seterusnya memberi impak pada persekitaran.  Konsep kendiri dan harga diri merupakan sebahagian daripada kesihatan emosi.

2.4       Peningkatan Pengurusan Tekanan dan Pandangan dalam kehidupan

Seterusnya, amalan gaya hidup sihat juga dapat meningkatkan pengurusan tekanan dan pandangan dalam kehidupan harian.  Semua orang mengalami stress atau tekanan. Pelbagai punca yang boleh menyebabkan stress, antaranya masalah keluarga, kerja, kewangan,dan sebagainya.  Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah. Oleh itu, atasi masalah ini dengan mengawal tekanan dan kemarahan.  Beberapa cara untuk mengurangkan marah berfikir secara positif, belajar bertenang, wujudkan hobi, luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah, rehat dan tidur yang cukup, cari teman untuk berkongsi atau meluahkan masalah.
  
Justeru itu, berpandangan positif yang tinggi dapat membantu menangani sebarang masalah atau tekanan dengan mudahnya dan mampu mengubah persepsi yang memberi tekanan yang tidak diperlukan.  Mereka berpotensi untuk pulih dengan cepat dan mampu berfikir dengan lebih baik apabila berhadapan dengan tekanan, dan mempunyai keyakinan diri serta bersedia berhadapan dengan cabaran dan rintangan yang merupakan satu peluang dan pengalaman untuk perkembangan diri.

Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda.  Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolisme juga dapat berjalan dengan lebih lancar.  Berikutan dengan itu, pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi permasalahan yang serius tanpa menghadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang-kala boleh mengakibatkan kepada masalah mental ataupun masalah sosial.

2.5       Peningkatan Hubungan Interpersonal

Hubungan Interpersonal turut meningkat apabila gaya hidup sihat dan sejahtera diamalkan.  Haruslah bersikap terbuka dan berfikiran positif agar sesuatu perhubungan berkembang dengan baiknya.  Sikap terbuka memainkan peranan yang sangat besar pengaruhnya dalam hubungan interpersonal.  Justeru itu, hubungan tidak akan berkembang sekiranya kedua-dua orang atau lebih tidak saling bersikap terbuka di antara satu sama lain.  Contohnya dalam sebuah hubungan persahabatan yang saling mempercayai dan saling terbuka.  Mereka tidak segan untuk menceritakan masalah masing-masing yang pernah dialami, walaupun bersifat peribadi kerana saling mempercayai.  Mereka tidak segan untuk mengatakan apa yang tidak disukai secara terbuka.  Ini semua bertujuan agar hubungan mereka dapat berjalan dengan baik.

Untuk meningkatkan hubungan interpersonal haruslah berani untuk berkomunikasi dengan individu lain yang berbeza dari kita seperti umur yang berbeza, status yang berbeza atau bangsa yang berbeza.  Malah bersikap sosial dan berkomunikasi dapat membantu mewujudkan suasana positif dan menyumbang kepada kesejahteraan sosial.  Pertukaran pendapat juga menjadikan perhubungan itu lebih terbuka dan ia juga menjadikan kita lebih berpengetahuan.  Contohnya jika seseorang itu yakin akan kemampuannya dan jika ia adalah seseorang yang tidak merasa rendah serta ia menyedari bahawa ia setaraf dengan orang lain, maka seseorang individu itu tentu akan lebih mudah melakukan perhubungan dengan orang lain.

 2.6       Penurunan Kes Kematian dan Morbiditi Akibat Penyakit

Tahap kecergasan fizikal adalah baik apabila seseorang individu mengamalkan gaya hidup sihat dan sejahtera.  Ini kerana sistem imun berfungsi dengan baik.  Justeru itu, sistem imun yang baik dapat melindungi badan daripada jangkitan penyakit.  Contohnya apabila di kalangan masyarakat prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur yang mencukupi setiap hari, tabiat pemakanan yang baik dan kurangkan tahap tekanan serta bersenam mengikut jadual, ianya akan memberi fungsi badan yang optimum terhadap serangan penyakit.  Maka itu, sistem imun yang baik dapat melindungi tubuh daripada berlakunya kematian awal dan menggalakkan kesembuhan dengan cepat terhadap penyakit. 

Sebaliknya apabila di kalangan masyarakat mengabaikan masa rehat dan masa tidur mereka.  Contohnya kekurangan tidur dan kualiti tidur yang tidak baik setiap malam, ini boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti melemahkan sistem ketahanan badan, masalah kulit, lemah daya ingatan, kurang tumpuan dan tekanan darah tinggi.  Bagi seseorang individu untuk mendapatkan tidur yang cukup, tempoh tidur adalah diantara enam hingga lapan jam.  Dalam tempoh masa tidur ini, tubuh kita akan membina sel-sel baru dan proses metabolisme dapat dijalankan dengan lancar.  Apabila sistem ketahanan badan kurang, ini boleh menyebabkan penyakit seterusnya berkemungkinan boleh menyebabkan kematian. 

3.0       KEPENTINGAN ENAM FAEDAH KOMPREHENSIF GAYA HIDUP SIHAT DAN SEJAHTERA TERHADAP INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT.

3.1       Kepentingan dalam pencegahan penyakit
           
Kita boleh lihat, faedah peningkatan kecekapan kardiovaskular dan saluran darah telah memberi kepentingan dalam pencegahan penyakit terhadap individu, keluarga dan masyarakat.  Sebenarnya pencegahan penyakit merupakan cara untuk menggalakkan amalan hidup sihat dan sejahtera.  Dimana amalan gaya hidup yang sihat dapat mengurangkan risiko kita daripada terdedah kepada penyakit seperti penyakit kardiovaskular yang semakin mudah menyerang pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utama.

Sebagai langkah pencegahan penyakit, pentingnya perubahan gaya hidup sihat dan sejahtera yang merangkumi cara pemakanan yang sihat, memastikan persekitaran tempat tinggal adalah bersih, melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, melakukan riadah, mengatasi stress, tidak merokok dan memastikan mendapat rehat yang mencukupi.  Gaya hidup sihat dan sejahtera telah banyak menyumbang dalam meningkatkan taraf kesihatan.  Dengan itu, mengubah suai gaya hidup dan mengambil peranan yang lebih aktif untuk mencegah penyakit telah menjadi dorongan bagi menjalani gaya hidup sihat..

Kepentingan dalam pencegahan penyakit telah memberi kebaikan dalam kehidupan harian iaitu dari segi amalan kesihatan dan kesejahteraan.  Kesihatan merupakan sesuatu yang amat bernilai, ianya boleh membantu menyelamatkan kehidupan dan nyawa seseorang.  Amalan kehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko daripada terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang pada masa ini.  Contohnya berhenti merokok merupakan langkah mencegah penyakit.  Tabiat merokok boleh memberi risiko pada seseorang untuk mendapat penyakit paru-paru, jantung dan lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut.  Ini adalah kerana terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok. 

 3.2       Kepentingan dalam kecergasan fizikal

Sememangnya kekuatan dan ketahanan otot bergantung pada kecergasan fizikal yang baik.  Aktiviti senaman amat penting untuk kecergasan fizikal.  Semasa bersenam sebahagian besar organ dalam badan dan otot seseorang bergerak aktif dan menjadi kuat.  Maka itu, otot yang baik penting dalam keupayaan anggota badan bergerak dan bertindak untuk menjalankan aktiviti harian.  Ringkasnya, melalui senaman otot menjadi lebih kuat, badan menjadi sihat dan otak menjadi cerdas.  Jika seseorang individu, sebuah keluarga dan masyarakat mengamalkan aktiviti senaman, tidak mustahil kekuatan otot dan tahap kesihatan akan meningkat.  Oleh itu, kesedaran tentang perlunya aktiviti senaman hendaklah dipupuk.  Contohnya seorang pekerja yang mempunyai otot kuat, badan yang sihat dan cergas akan melaksanakan pekerjaannya dengan cerdas dan bertenaga.  Sebaliknya pekerja yang lemah lesu akan mengambil tempoh yang lama melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Tahukah apabila mengambil bahagian dalam program kercergasan, kualiti gaya hidup sihat dan sejahtera akan meningkatkan.  Oleh itu, program senaman perlu diamalkan untuk mencapai tahap kecergasan fizikal yang baik untuk menyokong pergerakan badan dalam kehidupan harian.  Antara aktiviti yang biasa dijalankan adalah berenang, berlari, berbasikal, senaman aerobik, berjalan pantas, permainan kasut roda serta beberapa latihan berat badan akan menghasilkan kecergasan fizikal.  
  
Tahukah apabila mengambil bahagian dalam program kercergasan, kualiti gaya hidup sihat dan sejahtera akan meningkatkan.  Oleh itu, program senaman perlu diamalkan untuk mencapai tahap kecergasan fizikal yang baik untuk menyokong pergerakan badan dalam kehidupan harian.  Antara aktiviti yang biasa dijalankan adalah berenang, berlari, berbasikal, senaman aerobik, berjalan pantas, permainan kasut roda serta beberapa latihan berat badan akan menghasilkan kecergasan fizikal.

3.3       Kepentingan dalam membentuk imej diri

Dalam faedah peningkatan kawalan kendiri, kecekapan kendiri dan harga diri adalah penting dalam membentuk imej diri.  Dimana membentuk imej diri mestilah dimulakan dengan cara kita membina rasa menghargai dan menyayangi diri sendiri, sebelum menyayangi dan menghargai orang lain.  Bila kita mencintai apa yang dianugerahi maka apa jua yang ditemui disekeliling akan menjadi cantik dan menggembirakan.   Penampilan imej diri merupakan penentu utama kepada kelakuan seseorang dengan siapa kita akan berkawan dan pemikiran kita.  Dimana gambaran tentang diri kita diwarnai oleh pengalaman kita, kejayaan dan kegagalan kita, tanggapan kita terhadap diri kita dan reaksi orang lain terhadap diri kita.  Untuk mengubah pemikiran, perasaan dan tindakan seseorang individu dalam kehidupan, mestilah bermula dari perubahan imej kendiri individu tersebut berdasarkan amalan hidup sihat dan sejahtera. 

Contohnya seorang kerani pentabiran, majikannya telah memberi arahan untuk mengendalikan urusan perakaunan pejabat.  Sehubungan itu,  kerani pentadbiran tersebut berasa amat sukar melaksanakan tugas tersebut kerana tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang Perakaunan.  Walaubagaimanpun, kerani tersebut melaksanakan juga arahan majikannya dengan cara belajar berdasarkan sumber rujukan dan merujuk kepada mereka yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perakaunan sehinggalah selesai.  Justeru itu, kerani tersebut telah menampilkan satu imej diri yang baik kerana dapat menangani masalah itu dengan mengubah pemikiran yang sihat.  Maka itu, penampilan kerani tersebut menjadi tinggi di kaca mata majikannya.

Maka itu, apabila gaya hidup sihat dan sejahtera diamalkan cara pemikiran diri dapat bertukar dari pandangan negatif kepada pandangan yang positif.  Ini kerana pemikiran positif akan memperbaiki imej diri kita.  Kita jugalah yang menentukan kualiti hidup kita berdasarkan imej diri kita sendiri.  Maknanya kita menentukan harga diri dan kita jugalah yang menentukan sebanyak mana kegembiraan yang akan kita perolehi.

3.4       Kepentingan dalam kemahiran berfikir

Manfaat dari segi peningkatan pengurusan tekanan dan pandangan dalam kehidupan telah memberi kepentingan dalam kemahiran berfikir.  Sesungguhnya, berfikir seumpama bercakap kepada diri sendiri.  Oleh sebab itu, kita tidak boleh fokus lebih daripada dua fikiran pada satu-satu masa, maka dengan itu perlulah ditegaskan sesuatu fikiran positif dapat mengetepikan fikiran yang meresahkan atau tekanan dengan fikiran yang menenangkan.   Maka itu, apabila kita mahir berfikir mengisi minda dengan fikiran yang positif, maka lebih selesa kehidupan kita.

Contohnya seorang individu yang menghadapi tekanan yang menyebabkan dirinya sentiasa resah.  Sekiranya individu tersebut tidak tahu menstabilkan atau kurangkan tekanan, pengambilan atau penyalahgunaan dadah akan berlaku kerana beranggapan dadah mempunyai fungsi yang agak luas dalam bidang perubatan.  Sebaliknya, sekiranya individu menggunakan teknik berfikir secara positif ini dapat menyelesaikan tekanan yang dihadapi secara baik.  Bagi mengurangkan tekanan seperti keresahan, kebimbangan dan ketidakselesaan, mungkin individu boleh katakan kepada diri sendiri “ Bertenanglah.  Janganlah saya terlalu mengikut emosi atau sensitive.  Tiada apa yang tidak boleh saya lakukan.  Jika saya panik atau terlalu marah pun, perkara yang berlaku tetap akan berlaku dan sudah pun berlalu.  Saya harus bertenang agar fikiran saya kembali jernih.  Dengan cara itu, saya boleh berfikir secara tenang dan waras”.

Kemarahan merupakan salah satu tindak balas normal, jika berlarutan dan berpanjangan akan merosakkan diri kita.  Terlalu marah boleh menyebabkan fikiran bercelaru, tidak menentu serta tidak berupaya untuk memfokus kepada apa yang sedang dilaksanakan.  Oleh itu, perasaan yang marah dapat dikurangkan dengan berfikir secara positif seperti berkata pada diri “Kemarahan yang keterlaluan seperti ini tidak baik.  Ia hanya mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.  Biarlah saya memilih reaksi emosi yang lebih diterima dan tidak merosakkan diri saya”.
  
Terdapat satu lagi cara kaedah berfikir yang selalu digunakan bagi mengatasi tekanan adalah dengan mencadangkan sesuatu ke dalam minda kita setiap malam sebelum tidur.  Ungkapan yang dibuat seharusnya yang dapt mencetus serta mempertahankan motivasi kita untuk meneruskan kehidupan sehari-hari.

3.5       Kepentingan kemahiran berkomunikasi

Kemahiran komunikasi biasanya berupaya bertutur atau menulis dengan jelas dan tepat, berempati emosi orang lain, mahir menggunakan bahasa bukan lisan (body language), cekap menjalinkan hubungan mesra dan mempunyai kemahiran memimpin.

Dalam kemahiran berkomunikasi, seseorang itu mampu membina hubungan yang baik di dalam situasi-situasi seperti ketika penyampaian masalah tanpa keraguan atau helah bela diri dan ketika perhubungan mesra sewaktu pertemuan.  Hubungan yang baik seperti ini hanya dapat dicapai apabila perasaan empati kedua-dua pihak dapat dirasai.  Dengan berperasaan empati ini, hubungan baik antara kedua pihak dapat terus dijalinkan dan dikekalkan sepanjang proses komunikasi.

Kemahiran memberi perhatian juga merupakan kemahiran dalam berkomunikasi.  Di dalam proses komunikasi, memberi perhatian biasanya merujuk kepada komunikasi bukan lisan, walaupun ia juga diperlukan dalam komunikasi lisan.  Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa komponen iaitu gaya badan, gerak isyarat, kontak mata dan juga nada suara.

Kemahiran mendengar juga perlu ada dalam kemahiran berkomunikasi.  Di dalam proses komunikasi, kita harus mendengar setiap perkataan, demi menggelakkan timbulnya pandangan prasangka.  Pendengar harus mengembangkan keupayaan mendengar semua perkataan yang telah dikomunikasikan.  Ini bermakna mendengar perkataan, metafora, nada, suara, tekanan bunyi atau loghat atau dialek termasuk air muka, gaya gerakan badan, gerak isyarat dan kontak mata.  Mendengar dengan telinga ketiga ianya melibatkan kemahiran berfikir dan membayangkan bagaimana orang lain merasa.

Sehubungan itu, dalam keperibadian diri ciri-ciri kemahiran komunikasi yang perlu ada adalah seperti kebolehan menjalin hubungan mesra dengan orang lain, mempunyai kestabilan dan kawalan emosi, bebas daripada gerak-geri yang ganjil, ambil berat kesejahteraan orang lain, struktur sahsiah yang fleksibel, sabar, gaya dan suara menarik, bersifat menerima (peka) dan bersimpati, bijaksana, toleransi, jujur, memahami dan mesra, pengalaman hidup yang luas, ingin mempelajari teknik-teknik dan konsep baru, sikap sederhana, integriti, menghormati, ingin tahu dan terbuka.  Maka itu, apabila seseorang itu mahir berkomunikasi komunikasi juga turut berkesan.

3.6       Kepentingan dalam sistem imun

Sistem imun adalah penting dalam mencegah serangan penyakit seterusnya mengurangkan kematian awal.  Oleh itu, pengambilan pola makanan seimbang merupakan suatu saranan yang baik bagi memperolehi sistem imun yang kuat.  Makanan yang dimakan hendaklah mengandungi zat yang secukupnya untuk mencegah seseorang daripada serangan penyakitSeseorang yang tidak mengambil kira tentang pemakanan seimbang akan terdedah kepada risiko serangan pelbagai penyakit.  Misalnya, pengambilan gula dan kolestrol yang berlebihan akan memungkinkan seseorang diserang penyakit Diabetis dan menimbulkan masalah kepada fungsi jantung.  Terdapat beberapa nutrien penting yang membentuk makanan seimbang dan pengambilannya dalam kuantiti yang sesuai dengan individu bersesuaian dengan jantina, usia, jadual aktiviti fizikal seharian dan sebagainya.  Seterusnya, makanan seimbang haruslah memiliki kandungan zat yang meliputi karbohidrat, protein, vitamin, mineral, lemak, serat dan air.

Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar daripada sebarang penyakit.  Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian.  Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan yang bersih semasa menjamu selera.  Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa padah.  Justeru itu, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dan sejahtera dalam kalangan masyarakat.
  
4.0       KESIMPULAN

Pada kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat dan sejahtera amat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik serta optimum. Oleh itu, gaya hidup sihat dan sejahtera hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat.  Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

Gaya hidup yang tidak sihat akan mendatangkan impak yang negatif kepada kesihatan kita.  Oleh itu, kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan perlu ditingkatkan.  Dengan ini, kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat mulai sekarang.  Amalan gaya hidup sihat dapat membantu dalam mencegah jangkitan penyakit.

Seseorang yang mengamalkan gaya hidup yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraannya.  Dengan mengutamakan kebersihan, maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar.  Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni.  Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang.  Langkah-langkah ini penting supaya setiap individu dapat mendisiplinkan diri, terutama dalam aspek pemakanan dan penjagaan kebersihan.  

Selasa, 10 Oktober 2017

PENJAGAAN KULIT MUKA DENGAN PRODUK MARY KAY TIMEWISE SET MIRACLE

Kelebihan Mary Kay Timewise Miracle


Harini terdetik rasa hati sejak kat opis lagi. Kerlas sangat nak terdetik bagai kan. Annoying sangat haha.

Bercakap tentang skincare, sape je yang tak suka. Semua orang suka. Semua orang acah-acah nak tahu. Well, kerugian setinggi gunung kalau taknak ambik tahu, sebab ni I nak bagi free knowledge je ni haa deknon!

Tak usah la kita buang masa ya. Teruskan agenda harini - Segalanya Tentang Mary Kay Miracle Timewise. So apa yang miraclenya? Baca dulu! I akan kasi penerangan yang jelas dan jitu, supaya semua peringkat umur yang pandai membaca sama-sama dapat benefit.

Senang je. Dengar Miracle Timewise, zuppp terus semua adrenalin ingat AWAL PENUAAN.  So sesuai bebeno untuk yang berumur 23 tahun dan keatas.


UNTUK SIAPA MIRACLE TIMEWISE NI?

Sangat highly recommended untuk sesiapa yang nakkan rejim penjagaan kulit yang mampu lawan penuaan - khusus untuk kulit nampak lebih muda. So selain tu, yang ada masalah-masalah kulit kat bawah pun boleh cuba set ni:

- Jerawat yang banyak samada disebabkan salah guna produk
- Kulit terlalu kering/berminyak. MK ada 2 formula untuk disesuaikan dengan kulit you
- Liang pori besar. Secara tak langsung, boleh bantu kecikkan pori yang besar
- Banyak whitehead atau blackhead. Ni memang popular dikalangan muka manusia
- Muka gelap samada disebabkan sunburn atau hasil dari penggunaan produk tinggi merkuri
- Perlukan percerahan semulajadi. Takmo harini pakai, esok putih melepak. Merkuri sangat!


WOW! HABIS CEMANE MIRACLE SET NI BERFUNGSI?

Bila kulit makin berusia, of course la penghasilan kulit baru jadi makin slow. Jadi lebih kering, kurang pejal, pastu nampak kusam kurang seri giteww. So TW ni bertindak lawan balik! Tanggalkan sel kulit mati, kurangkan fine lines dan kedutan, fokus untuk pastikan kulit sentiasa lembap, cergaskan sel kulit dan bina semula kulit yeay!

• Manik pembersih lembut dalam TimeWise Cleanser tanggalkan sel kulit mati melalui pengelupasan yang amat halus. Dari dekat baru nampak, awesome sangat kan?
• Kompleks berpaten dalam TimeWise Cleanser dan TimeWise Age-Fighting Moisturizer bantu kurangkan garis halus dan kedutan dengan memacu proses pembaharuan kulit semula jadi.
• Sebatian humektan impian dalam TimeWise Age-Fighting Moisturizer pastikan kulit sentiasa lembap.
• Ramuan botani yang kaya dengan khasiat dalam TimeWise Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF 35† pulak bantu cergaskan sel kulit, at the same time halang UVA dan UVB (ancaman matahari).
• Peptida antipenuaan dalam TimeWise Night Solution rangsang kolagen untuk melicin dan memejalkan kulit.


JOM KITA PERGI KE SATU-PERSATU PRODUK DALAM SET MIRACLE TIMEWISE 

1. TimeWise 3-In-1 Cleanser dan TimeWise® 3-In-1 Cleansing Bar

Produk pembersih TimeWise® gabungkan antipenuaan dengan tiga fungsi penting dalam satu produk iaitu membersih, mengelupas dan menyegarkan – serlahkan kulit untuk nampak lebih muda.

2. TimeWise Age-Fighting Moisturizer

Losen mewah emolien ni gabungkan penghidratan 10 jam dengan kompleks berpatená untuk proses pembaharuan kulit secara semula jadi, tampilkan kulit yang lebih pejal, lebih licin dan kurang garis dan kedutan.

3. TimeWise Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF 35

Bayangkan item ni sebagai sel perlindungan ok. Produk yang inovatif ini boleh cegah kejadian garis-garis dan penyahwarnaan sebelum waktunya (ahaks) dengan halang kerosakan kulit disebabkan sinar UVA/UVB. Selain itu, peptida penenang bantu legakan garis-garis ekspresi.

4. TimeWise Night Solution

Satu sistem penyampaian unik vitamin terkapsul dan antioksidan tergabung dengan peptida penggalak kolagen untuk bantu pudarkan garis-garis dalam dan kedutan. Malah mikrokapsul Nutribeads® lebih banyak kandungan vitaminnya.

OK? So far so good tak?  


APA BEZA MIRACLE SET DENGAN REJIMEN PENJAGAAN KULIT HARIAN LAIN?

Mary Kay tawarkan sistem penjagaan kulit lengkap dimana you boleh cantikkan kulit sedia ada, dan pada masa yang sama boleh lawan penuaan tu. Khusus pada jenis kulit pulak tu. Produk lain dalam rejimen penjagaan kulit dalam pasaran mungkin tak direka untuk bertindak sama-sama untuk hasil yang terbaik, tetapi Miracle Set gabungkan semua sekali.

11 kelebihan termasuk mencuci, mengelupas, menyegar, mengaktif, melembap, menghalus, menegang, melembut, melindungi, menjana, dan mengurangkan garis halus dan kedutan.

Kalau you baca betui-betui, semua 11 kelebihan ni sebenarnya dah cover semua yang kulit perlukan! 


KALAU GITU, BERAPA LAMA TAHAN SATU SET NI? 

Okay, I ni pengguna tegar produk Mary Kay, tapi pada masa yang sama, I adalah penjimat skincare nombor 1 kat Malaysia. Alah membeli, menang memakai. Iklan pencuci pinggan sangat.

Based on experience I, satu set ni boleh jimat 6 bulan. Tapi Cleanser je I pakai habis dalam masa 5-6 bulan jer yelah hari-hari kot. Kalau tak habis jugak, nampak nau tak cuci muka adoi. Meh I list, nak kasi chu ols senang paham. By sequence ni tau:

1 - Cleanser – 6 bulan
2 - Day Solution - 6 bulan
3 - Night Solution – 6 bulan
3 - Age fighting Moisturizer - 6 bulan

Siapa yang biasa pakai mineral-based products, dia fahamlah kenapa tersangat jimat. Yang tak biasa, you kena tahu ya, MK product ni you pakai sikit jer amboi dah boleh cover satu muka? Wow sangat. Tapi awas. Kadang-kadang you akan berdepan dengan tahap sakit hati sebab skincare you tak habis-habis haha.

Sebagai penutup, I nak tekankan kat sini. Pilihlah produk mineral-based untuk long term benefit. Cuba elakkan oil-based product dan juga produk yang berkandungan bahan terlarang. Flawless yes, tapi dah berapa ramai customer I rosak muka pastu at the end, minta consultation sebab muka dah rosak teruk. OMG sangat. Nak neutralisekan balik, kau ingat senang? Haha fikir-fikirkan dan selamat beramal!

Ni I belanja photo untuk you all tatap sepenuh hati.

Sabtu, 19 Ogos 2017

Teknik-teknik shading makeup ketahuilah hari ini


Cara-Cara Membuat Hidung Mancung


Image result for cara shading makeup

Wajah Chubby Jadi Lebih Tirus


Image result for cara shading makeup

Cara Meniruskan Pipi Tembem


Image result for cara shading makeup

7 Cara Shading Muka Dengan Muda


Image result for cara shading makeup