Khamis, 29 April 2021

CUTI TANPA REKOD

 

Jumaat, 30/04/2021

Cuti Tanpa Rekod

Cuti Tanpa Rekod (CTR) sering disalah tafsir oleh kebanyakan warga di tempat kerja.  CTR merupakan tajuk utama bagi 12 jenis cuti iaitu :-

1.   Cuti Gantian 
2.   Cuti Latihan Pasukan Sukarela 
3.   Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja 
      Tahunan Pertubuhan/Persatuan 
4.   Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama 
5.   Cuti Memasuki Peperiksaan 
6.   Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas 
7.   Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan 
8.   Cuti Tugas Khas Perubatan 
9.   Cuti Isteri Bersalin 
10. Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat 
11. Mengikuti Kursus Intensif Di Bawah Program PJJ dan 
12. Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Program PLKN 

Justeru tindakan telah dibuat untuk menyemak dengan pihak luar yang dapat memberi penerangan dan panduan bagaimanakah pemberian kemudahan CTR ini.

CTR yang kerap ditanya adalah CTR selepas balik daripada kursus apabila  dalam tempoh kursus itu melibatkan hari rehat Sabtu, hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am.  Pegawai sering bertanya tidakkah dia layak diberi CTR kerana dia telah menyertai kursus pada hari rehat Sabtu, hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am.

Jawapan yang diterima daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memang selaras dan ini adalah hakikat yang sepatutnya diterima.

i. Pegawai yang menjadi peserta bagi sesuatu kursus tidak layak mendapat CTR selepas balik daripada kursus.

ii.  Menurut pegawai JPA kursus sama ada Kursus Kenegaraan, Kursus Induksi atau apa jua kursus yang diarahkan jabatan atau melalui jabatan terhadap seseorang pegawai tidak melayakkan pegawai itu layak CTR walaupun tempoh berkursus meliputi hari rehat Sabtu, hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am.

iii. Dalam AP 10/2008 memang ada tersenarai nama Biro Tata Negara, JPM sebagai satu badan penganjur kursus yang membolehkan  peserta diberikan CTR. Tetapi perlu difahami bahawa nama agensi ini tercatat dalam senarai badan penganjur kursus bawah kemudahan CTR ‘Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan’ yang boleh diberi tidak melebihi 14 hari setahun dan tambahan 2 hari untuk perjalanan pergi dan balik?

iv. CTR‘Cuti Menghadiri Latihan/Khemah Kerja Tahunan’ diberikan bagi tempoh kursus tersebut sebenar-benarnya.  Contohnya pegawai dijemput menghadiri Khemah Kerja Tahunan anjuran PEMADAM mulai 1.10.2009 hingga 8.10.2009. Maka 1.10.2009 hingga 8.10.2009 itu adalah CTR.

v. Kemudahan ‘Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan’ diberi apabila pegawai sebagai individu memohon untuk menyertai dan Ketua Jabatan membenarkan.

vi.  Pegawai sering keliru dimana kemudahan Cuti Gantian selepas balik daripada kursus iaitu satu daripada 12 jenis CTR.  Pegawai sering mempertikai mengapa mereka tidak layak CTR walaupun telah bekerja atau berkursus yang melibatkan hari rehat Sabtu, hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am.

vii.  Menurut pegawai KPM hanya ada dua keadaan seseorang pegawai 
      dianggap meninggalkan tugas dengan kebenaran iaitu:

ü  menghadiri mesyuarat luar yang berkaitan tugas rasmi
ü  cuti

Apabila berkursus perlu difahami sebenarnya pegawai adalah bercuti daripada melakukan kerja hakikinya. Ketidakhadiran bertugas selain dua perkara ini dianggap tidak hadir tanpa kebenaran.

viii.Pegawai KPM menambah tidak boleh ada dua cuti dalam satu cuti.   Kata-kata ini adalah kata kunci yang boleh mengelakkan pegawai   terus-menerus keliru apabila membincangkan hal cuti.

ix.  CTR ‘Cuti Gantian’ yang diterangkan dalam AP 10/2008 pula diberi kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang tidak layak dibayar elaun lebih masa dan pegawai yang layak dibayar elaun lebih masa tetapi memohon untuk ditukarkan dengan Cuti Gantian.

Kata-kata yang perlu diingati
Apabila berkursus sebenarnya pegawai adalah cuti daripada melakukan kerja hakikinya.  Ketidakhadiran bertugas selain menghadiri mesyuarat luar yang berkaitan tugas rasmi dan cuti dianggap tidak hadir tanpa kebenaran.

Tidak boleh ada dua cuti dalam satu cuti. Kata-kata ini adalah kata kunci yang boleh mengelakkan pegawai berterusan keliru apabila membincangkan hal cuti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan