Isnin, 6 Julai 2015

PENGENALAN PENGURUSAN PAMPASAN

Konsep


Pengurusan pampasan adalah perkara utama dalam pengurusan sebuah organisasi kerana ia menyumbang kepada kejayaan menyeluruh dalam pelbagai cara. Pengrusan pampasan akan menjadi efektif apabila pihak pengurusan menghargai nilai pelaburan dalam modal insan, kegembiraan warga kerja dan nilai gaji yang kompetitif.

Adalah penting bagi suatu organisasi untuk menetapkan gaji yang menarik perhatian dan menjadi faktor pengekalan modal insan yang berkualiti. Faedah yang mengimbangi keperluan asas kemanusiaan juga merupakan faktor penting dalam menentukan sejauh mana pekerja merasa gembira untuk membina kerjaya jangka panjang dalam organisasi tersebut.

Merancang pakej pampasan yang menarik dan berdaya saing merupakan tugas utama pengamal sumber manusia. Kajian kos sara hidup dan standard kehidupan manjadi satu keperluan dalam menentukan apa yang perlu ditawarkan.

Tawaran pampasan yang menarik boleh menjimatkan banyak masa yang dihabiskan dalam aktiviti pengambilan pekerja, menanggani masalah pemberhentian pekerja yang kerap dan masalah prestasi lemah.

Pada dasarnya, polisi dan sistem ganjaran di lihat sebagai petunjuk sikap dan prihatin majikan kepada mereka yang akan mengaitakan kualiti kerja mereka.

Pengurusan pampasan yang berdaya saing akan mengutamakan :
Motivasi – Ganjaran – Kekal Bersama Organisasi
 

Pampasan Langsung

Pampasan langsung adalah faedah berbentuk wang yang diberikan kepada pekerja sebagai ganjaran perkhidmatan mereka. Ganjaran ini meliputi gaji, elaun kerja syif, elaun kedatangan, elaun pengangkutan, elaun kerja berat, elaun sewa rumah, elaun khas, elaun latihan, bonus, perbelanjaan perubatan dan lain-lain faedah wang tunai.



Pampasan Tidak Langsung
Pampasan tidak langsung adalah faedah bukan wang tunai yang diberikan untuk mengimbangi saingan organisasi lain. Faedah seperti ini juga boleh menjadi faktor pendorong kepada pekerja. 

Pengamal sumber manusia harus kreatif dalam mencadangkan pampasan tidak langsung. 

Terdapat pelbagai cara atau skim yang telah diguna pakai oleh banyak organisasi antara lainnya :

  Tambahan cuti tahunan.  Rehat tambahan.  Latihan berterusan.  Pengangkutan percuma.  Penggunaan kenderaan syarikat.
●  Hadiah
  Program penjagaan kesihatan.  Penginapan yang dibiayai majikan.  Percutian percuma.  Penggunaan rumah rehat majikan.  Skim pembelian produk syarikat.  Skim penggunaan perkhidmatan syarikat.  Skim perlindungan insuran.  Skim bantuan yuran persekolahan.  Skim bantuan yuran IPT.  Skim pinjaman perayaan.  Skim pinjaman perkahwinan.  Skim pinjaman IPT.  Skim pinjaman pembelian kenderaan.
  Skim pinjaman pembelian komputer. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan