Khamis, 29 April 2021

KELAYAKAN CUTI TANPA REKOD OLEH PENJAWAT AWAM

Kelayakan-kelayakan lain yang membolehkan penjawat awam mengambil cuti tanpa rekod sepanjang perkhidmatannya :


1. CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA

Punca Kuasa : Perintah am 41 & 57 bab C,Surat PP Bil.5/1985, PP Bil.9/1991 )
Syarat dan Kelayakan :

- Pegawai yang menjadi ahli-ahli pasukan sukarela seperti berikut :
- Askar wataniah
- Pasukan simpanan sukarela tentera laut di raja
- Pasukan sukarela tentera udara di raja
- Pasukan sukarela polis
- Pasukan pertahanan awam
- Ikatan relawan rakyat Malaysia (RELA)

** Tempoh yang dibenarkan tidak melebihi tiga puluh (30) hari setahun dan tambahan dua (2) hari 
    bagi perjalanan pergi dan balik ke tempat latihan atau khemah tahunan
**Jika tempoh cuti yang diperlukan lebih daripada kelayakan, pegawai boleh menggunakan cuti 
   rehat/cuti rehat khas. Sekiranya cuti rehat/cuti rehat khas tidak dapat menampung cuti latihan 
   pasukan sukarela, maka permohonan hendaklah dikemukakan kepada BPSM, KPM untuk 
   pertimbangan khas

2. CUTI KHEMAH TAHUNAN PERTUBUHAN/PERSATUAN

Punca Kuasa Perintah am 42(a),57 bab C,Surat PP Bil.5/1985, PP Bil.9/1991,Surat PA bil.3/1993 )
Syarat dan Kelayakan :

-  Pegawai adalah ahli persatuan/pertubuhaN
-  Aktiviti yang diluluskan hanya aktiviti yang diadakan dalam Malaysia sahaja. Tiada 
   kemudahan CKTP yang boleh diberi bagi menghadiri aktiviti di luar malaysa
-  Aktiviti sukan anjuran persatuan kebajikan hendaklah diadakan pada hari-hari cuti 
   mingguan atau cuti am dan tidak menggunakan waktu pejabat
-  Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi empat belas (14) hari dalam setahun dan 
   tambahan dua (2) hari bagi pergi dan balik
-  Sekiranya cuti yang diperlukan lebih daripada kelayakan, pegawai boleh menggunakan 
   cuti rehat atau cuti tanpa gaji mengikut perintah am 14 bab C

3. CUTI LAIN-LAIN KURSUS

-  Permohonan diluluskan oleh ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan
-  Bagi latihan atau persidangan kesatuan sekerja yang diadakan di luar negeri kuasa melulus 
   adalah BPSM, KPM dengan sokongan ketua jabatan
-  Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi empat belas (14) hari setahun dan 
    tambahan cuti dua (2) hari bagi perjalanan pergi dan balik

4. CUTI LATIHAN SYARIKAT KERJASAMA

Punca Kuasa : ( Perintah am 43 & 57 bab C, PP Bil.9/1991 )
Syarat dan Kelayakan :

-  Pegawai yang menjadi ahli syarikat koperasi
-  Bagi kurus kerjasama tempoh yang boleh diluluskan adalah tidak melebihi dua (2) bulan 
   dengan syarat membuat akuan bertulis untuk memegang jawatan selama dua (2) tahun 
   dalam syarikat kerjasama setelah tamat kursus tersebut sekiranya beliau dijemput atau 
   dilantik untuk memegang jawatan
-  Bagi lain-lain kursus/seminar/mesyuarat syarikat kerjasama sama ada di dalam Malaysia 
   atau di luar Malaysia. Cuti latihan syarikat kerjasama boleh diberi dengan syarat aktiviti 
   tersebut telah diluluskan oleh ketua pengarah kementerian perdagangan dalam negeri dan 
   kepenggunaan
-  Tempoh cuti yang dibenarkan berdasarkan tempoh aktivitI
-  Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

5. CUTI MASUK PEPERIKSAAN

Punca Kuasa Perintah am 44 & 57 bab C, PP Bil.9/1991 )
Syarat dan Kelayakan :

-  Pegawai lantikan tetap
-  Kemudahan CMP yang boleh diambil oleh pegawai terhad kepada hari peperiksaan 
-  Diluluskan oleh ketua jabatan

6. CUTI MESYUARAT PERSATUAN IKHTISAS

-  Pegawai-pegawai yang menjadi ahli pertubuhan ikhtisas yang berdaftar dengan pendaftar 
   pertubuhan dan diisytiharkan oleh ketua pengarah perkhidmatan awam
-  Tempoh cuti yang dibenarkan adalah tempoh sebenar mesyuarat yang dijalankan termasuk 
   perjalanan pergi dan balik dengan syarat kedua-dua masa tersebut tidak melebihi dua (2) 
   hari
-  Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

7. CUTI MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM OLAHRAGA/SUKAN

Punca Kuasa : ( Perintah am 46,57 bab C, PP Bil.11/1980, PP Bil.5/1985, PP Bil.9/1991 )
Syarat dan Kelayakan :

Cuti ini boleh diberi kepada pegawai yang telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam sukan di peringkat seperti berikut :

-  Sukan peringkat kebangsaan
-  Sukan peringkat antarabangsa
-  Sukan peringkat antara negeri dan negeri sesebuah Negara asing
-  Sukan peringkat wilayah dalam atau luar Malaysia
-  Acara sukan yang diwakili tidak melebihi tiga (3) acara sukan dalam setahun

Cuti ini juga diberi kepada pegawai yang telah dilantik sebagai :

-  Atlit
-  Pegawai sukan
-  Jurulatih
-  Ahli majlis atau jawatankuasa pertandingan sukan kebangsaan atau antarabangsa

Tempoh cuti yang dibenarkan tidak melebihi tiga puluh (30) hari dalam setahun

8. CUTI MENYERTAI ROMBONGAN KEBUDAYAAN & PERTANDINGAN BULAN BAHASA KEBUDAYAAN

Punca Kuasa : PP Bil.1/1964, PP Bil.16/1966, PP Bil.9/1991 )
Syarat dan Kelayakan :

-  Pegawai dipilih sebagai peserta rombongan
-  Tempoh cuti yang boleh diluluskan adalah tempoh yang diperlukan bagi lawatan 
   kebudayaan tersebut
-  Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

9. CUTI ISTERI BERSALIN

Punca Kuasa : ( Pekeliling Perkhidmatan bil.9 tahun 2002 )
Syarat dan Kelayakan :

-  Pegawai lantikan tetap
-  Diberi selama tujuh (7) hari termasuk hari rehat mingguan dan hari cuti kelepasan am
-  Cuti ini bermula pada tarikh isteri bersalin atau hari berikutnya jika bersalin berlaku selepas 
   waktu pejabat. Maksud waktu pejabat adalah dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang
-  Cuti ini dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatan
-  Cuti ini juga diberi kepada PPP yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan 
   atau bertugas semasa penggal persekolahan
-  Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

10. CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT

Punca Kuasa : Pekeliling Perkhidmatan bil.4 tahun 2015 )
Syarat dan Kelayakan :

-  Diberi selama tiga (3) hari termasuk hari rehat mingguan dan hari cuti kelepasan am
-  Ahli keluarga terdekat merupakan suami, isteri, anak-anak (kandung, tiri dan angkat yang 
   sah disisi undang-undang), ibu bapa kandung, ibu bapa mertua, ibu bapa angkat
-  Cuti ini bermula pada tarikh kematian atau hari berikutnya jika kematian berlaku selepas
   waktu pejabat. Maksud waktu pejabat adalah dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang
-  Cuti ini juga diberi kepada PPP yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan 
   atau bertugas semasa penggal persekolahan
-  Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

11. CUTI MENGHADIRI MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN (MBK)/MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)

Punca Kuasa : Pekeliling Perkhidmatan bil.21/1973 & Bil.9/1991)
Syarat dan Kelayakan :

Cuti ini boleh diberi kepada pegawai untuk menghadiri mesyuarat seperti berikut:

-  Mesyuarat MBK diperingkat kebangsaan
-  Mesyuarat Majlis Pihak Pekerja yang diadakan sehari sebelum mesyuarat MBK
-  Menghadiri mesyuarat MBJ
-  Mesyuarat yang dipanggil oleh kerajaan atau jabatan dimana pegawai yang hadir mewakili 
   kesatuan sekerja
-  Konvesyen dua (2) tahun sekali diadakan untuk memilih anggota majlis pihak sekerja

** Tempoh cuti yang diberi adalah mengikut tempoh selama mesyuarat
** Mesyuarat yang dipanggil oleh kesatuan-kesatuan sekerja tidak layak diberi cuti ini
** Diluluskan ketua jabatan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

12. CUTI BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM YANG DILANTIK SEBAGAI 
JURULATIH PROGRAM KHIDMAT NEGARA

Punca Kuasa : Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2004)
Syarat dan Kelayakan :

- Pegawai telah dilantik sebagai Jurulatih (PLKN)
- Tempoh cuti yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh sebenar program (tempoh 
  mengikuti kursus untuk menjadi jurulatih dan menjalankan tugas sebagai jurulatih) tersebut 
  diadakan dengan tambahan cuti dua (2) hari bagi makdus perjalan pergi dan balik (jika  
  diperlukan)
- Diluluskan ketua jabatan
- Kelulusan cuti bagi anggota yang dilantik sebagai jurulatih PLKN hendaklah dicatat di dalam 
  Buku Rekod Perkhidmatan

13. CUTI BAGI ANGGOTA YANG DISAPINA UNTUK HADIR KE MAHKAMAH
Punca Kuasa : Surat Edaran JPA(S) 223/8/3-3 Sk.4/(44) bertarikh 26 Julai 1994 )
Syarat dan Kelayakan :
**Pegawai disapina untuk hadir di mahkamah sebagai saksi pihak bukan kerajaan

-  Jika menghadiri mahkamah di dalam stesen, pegawai boleh diberi pelepasan untuk 
   meninggalkan pejabat hingga tempoh yang diperlukan
- Jika menghadiri mahkamah di luar stesen, pegawai boleh diberi CTR mengikut hari yang 
   diperlukan untuk hadir di mahkamah dengan tambahan sehari sebelum dan sehari selepas 
   bagi maksud perjalanan jika diperlukan
-  Pegawai tidak layak apa-apa elaun serta kemudahan tugas rasmi

** Pegawai disapina untuk hadir di mahkamah sebagai saksi pihak kerajaan

-  Kehadiran pegawai di mahkamah adalah dianggap menjalankan tugas rasmi
-  Pegawai layak diberi elaun serta kemudahan tugas rasmi

CUTI TANPA REKOD

 

Jumaat, 30/04/2021

Cuti Tanpa Rekod

Cuti Tanpa Rekod (CTR) sering disalah tafsir oleh kebanyakan warga di tempat kerja.  CTR merupakan tajuk utama bagi 12 jenis cuti iaitu :-

1.   Cuti Gantian 
2.   Cuti Latihan Pasukan Sukarela 
3.   Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja 
      Tahunan Pertubuhan/Persatuan 
4.   Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama 
5.   Cuti Memasuki Peperiksaan 
6.   Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas 
7.   Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan 
8.   Cuti Tugas Khas Perubatan 
9.   Cuti Isteri Bersalin 
10. Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat 
11. Mengikuti Kursus Intensif Di Bawah Program PJJ dan 
12. Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Program PLKN 

Justeru tindakan telah dibuat untuk menyemak dengan pihak luar yang dapat memberi penerangan dan panduan bagaimanakah pemberian kemudahan CTR ini.

CTR yang kerap ditanya adalah CTR selepas balik daripada kursus apabila  dalam tempoh kursus itu melibatkan hari rehat Sabtu, hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am.  Pegawai sering bertanya tidakkah dia layak diberi CTR kerana dia telah menyertai kursus pada hari rehat Sabtu, hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am.

Jawapan yang diterima daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memang selaras dan ini adalah hakikat yang sepatutnya diterima.

i. Pegawai yang menjadi peserta bagi sesuatu kursus tidak layak mendapat CTR selepas balik daripada kursus.

ii.  Menurut pegawai JPA kursus sama ada Kursus Kenegaraan, Kursus Induksi atau apa jua kursus yang diarahkan jabatan atau melalui jabatan terhadap seseorang pegawai tidak melayakkan pegawai itu layak CTR walaupun tempoh berkursus meliputi hari rehat Sabtu, hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am.

iii. Dalam AP 10/2008 memang ada tersenarai nama Biro Tata Negara, JPM sebagai satu badan penganjur kursus yang membolehkan  peserta diberikan CTR. Tetapi perlu difahami bahawa nama agensi ini tercatat dalam senarai badan penganjur kursus bawah kemudahan CTR ‘Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan’ yang boleh diberi tidak melebihi 14 hari setahun dan tambahan 2 hari untuk perjalanan pergi dan balik?

iv. CTR‘Cuti Menghadiri Latihan/Khemah Kerja Tahunan’ diberikan bagi tempoh kursus tersebut sebenar-benarnya.  Contohnya pegawai dijemput menghadiri Khemah Kerja Tahunan anjuran PEMADAM mulai 1.10.2009 hingga 8.10.2009. Maka 1.10.2009 hingga 8.10.2009 itu adalah CTR.

v. Kemudahan ‘Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan’ diberi apabila pegawai sebagai individu memohon untuk menyertai dan Ketua Jabatan membenarkan.

vi.  Pegawai sering keliru dimana kemudahan Cuti Gantian selepas balik daripada kursus iaitu satu daripada 12 jenis CTR.  Pegawai sering mempertikai mengapa mereka tidak layak CTR walaupun telah bekerja atau berkursus yang melibatkan hari rehat Sabtu, hari rehat mingguan Ahad dan kelepasan am.

vii.  Menurut pegawai KPM hanya ada dua keadaan seseorang pegawai 
      dianggap meninggalkan tugas dengan kebenaran iaitu:

ü  menghadiri mesyuarat luar yang berkaitan tugas rasmi
ü  cuti

Apabila berkursus perlu difahami sebenarnya pegawai adalah bercuti daripada melakukan kerja hakikinya. Ketidakhadiran bertugas selain dua perkara ini dianggap tidak hadir tanpa kebenaran.

viii.Pegawai KPM menambah tidak boleh ada dua cuti dalam satu cuti.   Kata-kata ini adalah kata kunci yang boleh mengelakkan pegawai   terus-menerus keliru apabila membincangkan hal cuti.

ix.  CTR ‘Cuti Gantian’ yang diterangkan dalam AP 10/2008 pula diberi kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang tidak layak dibayar elaun lebih masa dan pegawai yang layak dibayar elaun lebih masa tetapi memohon untuk ditukarkan dengan Cuti Gantian.

Kata-kata yang perlu diingati
Apabila berkursus sebenarnya pegawai adalah cuti daripada melakukan kerja hakikinya.  Ketidakhadiran bertugas selain menghadiri mesyuarat luar yang berkaitan tugas rasmi dan cuti dianggap tidak hadir tanpa kebenaran.

Tidak boleh ada dua cuti dalam satu cuti. Kata-kata ini adalah kata kunci yang boleh mengelakkan pegawai berterusan keliru apabila membincangkan hal cuti.

Selasa, 16 Oktober 2018

KEMAHIRAN MENDENGAR

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran mendengar melibatkan dua peringkat kemahiran.
i.  Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-b
unyi bahasa yang hampir sama.
ii. Peringkat kedua ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat