Selasa, 10 Oktober 2017

PENJAGAAN KULIT MUKA DENGAN PRODUK MARY KAY TIMEWISE SET MIRACLE

Kelebihan Mary Kay Timewise Miracle


Harini terdetik rasa hati sejak kat opis lagi. Kerlas sangat nak terdetik bagai kan. Annoying sangat haha.

Bercakap tentang skincare, sape je yang tak suka. Semua orang suka. Semua orang acah-acah nak tahu. Well, kerugian setinggi gunung kalau taknak ambik tahu, sebab ni I nak bagi free knowledge je ni haa deknon!

Tak usah la kita buang masa ya. Teruskan agenda harini - Segalanya Tentang Mary Kay Miracle Timewise. So apa yang miraclenya? Baca dulu! I akan kasi penerangan yang jelas dan jitu, supaya semua peringkat umur yang pandai membaca sama-sama dapat benefit.

Senang je. Dengar Miracle Timewise, zuppp terus semua adrenalin ingat AWAL PENUAAN.  So sesuai bebeno untuk yang berumur 23 tahun dan keatas.


UNTUK SIAPA MIRACLE TIMEWISE NI?

Sangat highly recommended untuk sesiapa yang nakkan rejim penjagaan kulit yang mampu lawan penuaan - khusus untuk kulit nampak lebih muda. So selain tu, yang ada masalah-masalah kulit kat bawah pun boleh cuba set ni:

- Jerawat yang banyak samada disebabkan salah guna produk
- Kulit terlalu kering/berminyak. MK ada 2 formula untuk disesuaikan dengan kulit you
- Liang pori besar. Secara tak langsung, boleh bantu kecikkan pori yang besar
- Banyak whitehead atau blackhead. Ni memang popular dikalangan muka manusia
- Muka gelap samada disebabkan sunburn atau hasil dari penggunaan produk tinggi merkuri
- Perlukan percerahan semulajadi. Takmo harini pakai, esok putih melepak. Merkuri sangat!


WOW! HABIS CEMANE MIRACLE SET NI BERFUNGSI?

Bila kulit makin berusia, of course la penghasilan kulit baru jadi makin slow. Jadi lebih kering, kurang pejal, pastu nampak kusam kurang seri giteww. So TW ni bertindak lawan balik! Tanggalkan sel kulit mati, kurangkan fine lines dan kedutan, fokus untuk pastikan kulit sentiasa lembap, cergaskan sel kulit dan bina semula kulit yeay!

• Manik pembersih lembut dalam TimeWise Cleanser tanggalkan sel kulit mati melalui pengelupasan yang amat halus. Dari dekat baru nampak, awesome sangat kan?
• Kompleks berpaten dalam TimeWise Cleanser dan TimeWise Age-Fighting Moisturizer bantu kurangkan garis halus dan kedutan dengan memacu proses pembaharuan kulit semula jadi.
• Sebatian humektan impian dalam TimeWise Age-Fighting Moisturizer pastikan kulit sentiasa lembap.
• Ramuan botani yang kaya dengan khasiat dalam TimeWise Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF 35† pulak bantu cergaskan sel kulit, at the same time halang UVA dan UVB (ancaman matahari).
• Peptida antipenuaan dalam TimeWise Night Solution rangsang kolagen untuk melicin dan memejalkan kulit.


JOM KITA PERGI KE SATU-PERSATU PRODUK DALAM SET MIRACLE TIMEWISE 

1. TimeWise 3-In-1 Cleanser dan TimeWise® 3-In-1 Cleansing Bar

Produk pembersih TimeWise® gabungkan antipenuaan dengan tiga fungsi penting dalam satu produk iaitu membersih, mengelupas dan menyegarkan – serlahkan kulit untuk nampak lebih muda.

2. TimeWise Age-Fighting Moisturizer

Losen mewah emolien ni gabungkan penghidratan 10 jam dengan kompleks berpatená untuk proses pembaharuan kulit secara semula jadi, tampilkan kulit yang lebih pejal, lebih licin dan kurang garis dan kedutan.

3. TimeWise Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF 35

Bayangkan item ni sebagai sel perlindungan ok. Produk yang inovatif ini boleh cegah kejadian garis-garis dan penyahwarnaan sebelum waktunya (ahaks) dengan halang kerosakan kulit disebabkan sinar UVA/UVB. Selain itu, peptida penenang bantu legakan garis-garis ekspresi.

4. TimeWise Night Solution

Satu sistem penyampaian unik vitamin terkapsul dan antioksidan tergabung dengan peptida penggalak kolagen untuk bantu pudarkan garis-garis dalam dan kedutan. Malah mikrokapsul Nutribeads® lebih banyak kandungan vitaminnya.

OK? So far so good tak?  


APA BEZA MIRACLE SET DENGAN REJIMEN PENJAGAAN KULIT HARIAN LAIN?

Mary Kay tawarkan sistem penjagaan kulit lengkap dimana you boleh cantikkan kulit sedia ada, dan pada masa yang sama boleh lawan penuaan tu. Khusus pada jenis kulit pulak tu. Produk lain dalam rejimen penjagaan kulit dalam pasaran mungkin tak direka untuk bertindak sama-sama untuk hasil yang terbaik, tetapi Miracle Set gabungkan semua sekali.

11 kelebihan termasuk mencuci, mengelupas, menyegar, mengaktif, melembap, menghalus, menegang, melembut, melindungi, menjana, dan mengurangkan garis halus dan kedutan.

Kalau you baca betui-betui, semua 11 kelebihan ni sebenarnya dah cover semua yang kulit perlukan! 


KALAU GITU, BERAPA LAMA TAHAN SATU SET NI? 

Okay, I ni pengguna tegar produk Mary Kay, tapi pada masa yang sama, I adalah penjimat skincare nombor 1 kat Malaysia. Alah membeli, menang memakai. Iklan pencuci pinggan sangat.

Based on experience I, satu set ni boleh jimat 6 bulan. Tapi Cleanser je I pakai habis dalam masa 5-6 bulan jer yelah hari-hari kot. Kalau tak habis jugak, nampak nau tak cuci muka adoi. Meh I list, nak kasi chu ols senang paham. By sequence ni tau:

1 - Cleanser – 6 bulan
2 - Day Solution - 6 bulan
3 - Night Solution – 6 bulan
3 - Age fighting Moisturizer - 6 bulan

Siapa yang biasa pakai mineral-based products, dia fahamlah kenapa tersangat jimat. Yang tak biasa, you kena tahu ya, MK product ni you pakai sikit jer amboi dah boleh cover satu muka? Wow sangat. Tapi awas. Kadang-kadang you akan berdepan dengan tahap sakit hati sebab skincare you tak habis-habis haha.

Sebagai penutup, I nak tekankan kat sini. Pilihlah produk mineral-based untuk long term benefit. Cuba elakkan oil-based product dan juga produk yang berkandungan bahan terlarang. Flawless yes, tapi dah berapa ramai customer I rosak muka pastu at the end, minta consultation sebab muka dah rosak teruk. OMG sangat. Nak neutralisekan balik, kau ingat senang? Haha fikir-fikirkan dan selamat beramal!

Ni I belanja photo untuk you all tatap sepenuh hati.