Jumaat, 3 April 2015

Nota ringkas [Sains]Tingkatan 1 Bab 1: Pengenalan Kepada Sains

1.1 Memahami Sains Sebahagian Daripada Kehidupan Seharian:
Apakah itu Sains ???Sains merupakan kajian sistematik terhadap fenomena alam dan kesannya terhadap manusia dan alam sekitar.
Sebagai contohnya, fenomena berlakunya kilat, pencairan ais, tarikan daya graviti dan juga letupan gunung berapi.
Apa pula yang dimaksudkan dengan Teknologi?
-Teknologi bermaksud aplikasi pengetahuan saintifik untuk kegunaan manusia.

Teknologi bermaksud aplikasi pengetahuan saintifik untuk kegunaan manusia.

Sebagai contohnya, komputer, stesen pengesan dan juga ubat antibiotik.

Apakah cabang-cabang yang ada dalam bidang Sains?

- Biologi (berkaitan dengan benda hidup)
- Kimia (berkaitan dengan unsur alam)
- Fizik (berkaitan dengan daya dan gerakan)
- Geologi (berkaitan dengan batuan dan mineral)
- Astronomi (berkaitan dengan bintang dan galaksi)
- Meteorologi (berkaitan dengan jasad di angkasa)


Apakah kerjaya yang berkaitan dengan bidang Sains?

-Doktor
-Jurutera
-Ahli Farmasi
-Ahli Fizik
-Ahli Biologi
-Saintis

1.Makmal sains ialah suatu tempat yang mempunyai radas untuk menjalankan eksperimen,penyelidikan dan ujian.

2. Kemalangan dapat berlaku pada bila-bila masa di dalam makmal dan menjadi kewajipan bagi murid-murid untuk mematuhi peraturan keselamatan di dalam makmal.



Khamis, 2 April 2015

INGIN ANAK BERJAYA

Image result for motivasi kejayaan anak

MOTIVASI DIRI

Image result for motivasi kejayaan anak

MOTIVASI UNTUK BERJAYA

Image result for motivasi kejayaan anakImage result for motivasi kejayaan anak

Nota Ringkas Nombor Bulat Matematik Tingkatan 1

NOTA BAB 1 NOMBOR BULAT

Bab 1: Nombor Bulat



Pada akhir pelajaran, pelajar haruslah :
1. Membilang, membaca dan menulis nombor bulat
2. Memberi nilai tempat dan nilai digit
3. Membundarkan nombor

NOMBOR BULAT


0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, … , 99, 100, 101, …





1. Membilang, membaca dan menulis nombor bulat
Contoh 1: Menulis nombor dalam perkataan

253703548
Penyelesaian: 
Dua ribu lima ratus tiga juta, tujuh ratus tiga ribu, lima ratus empat puluh lapan


Contoh 2: Menulis perkataan dalam nombor

Sembilan ratus lapan ribu seratus empat puluh
Penyelesaian: 
908140

2. Memberi Nilai Tempat dan Nilai Digit

Setiap digit dalam suatu nombor bulat mewakiliti satu nilai yang tertentu mengikut nilai tempat digit itu.

Contoh : 2437658

2=juta
4=ratus ribu
3=puluh ribu
7=ribu
6=ratus
5=puluh
8=sa


Contoh soalan:

Nyatakan nilai tempat dan nilai digit yang bergaris dalam setiap nombor berikut.

(a) 27 634

(b) 6 890 375

Penyelesaian:

(a) Nilai tempat bagi digit 2 ialah puluh ribu. Nilai digit 2 ialah 20 000.

(b) Nilai tempat bagi digit 6 ialah juta. Nilai digit 6 ialah 6 000 000.




3. Membundarkan nombor

Dalam kehidupan harian, kadangkala kita menganggarkan suatu nilai dengan membundarkan nilai tersebut. Misalnya, harga sebuah kereta ialan RM81999. Harga ini dikatakan lebih kurang RM82000. Nombor 81999 menjadi 82000 apabila dibundarkan kepada ribu yang hampir sebagai anggaran harga bagi kereta itu.

Contoh:

Bundarkan 957 384 kepada

(a) ribu yang hampir

(b) puluh ribu yang hampir

Penyelesaian (a)

Dalam nombor 957 384, digit yang berada di nilai tempat ribu ialah 7. Nombor di sebelah kanan 7 ialah 3 iaitu kurang daripada 5. Maka, kekalkan 7, gantikan 3, 8 dan 4 dengan 0.

Jawapan = 957 000

Penyelesaian (b)

Dalam nombor 957 384, digit yang berada di nilai tempat puluh ribu ialah5. Nombor di sebelah kanan 5 ialah 7 iaitu lebih daripada 5. Maka, tambah 1 pada 5, gantikan 7, 3, 8 dan 4 dengan 0.

Jawapan = 960 000

Tips Cepat Membaca

Tips Cepat Membaca

1- "BAHASA INGGERIS ATAU BAHASA MELAYU DAHULU?"

Kita selalu berdepan dengan dilemma semasa hendak memilih bahasa apa yang patut diajarkan anak membaca dahulu... Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Untuk tips pertama ini suka saya usulkan anda bermula dengan Bahasa Inggeris terlebih dahulu. Bilamana anak telah mula menguasainya barulah anda memperkenalkan Bahasa Melayu pula. 

Rasionalnya di sini ialah anak anda akan merasakan yang dia benar-benar belajar sesuatu yang baru dan akan memberikan lebih tumpuan berbanding mula belajar menggunakan bahasa yang telah didengarnya seharian. Skil atau kemahiran membaca yang dipelajarinya semasa belajar Bahasa Inggeris ini nanti akan dengan cepat dan mudah diaplikasikannya pula kepada Bahasa Melayu. 

Umumnya ada dua pendekatan belajar membaca di dalam Bahasa Inggeris yang paling popular iaitu melalui pendekatan fonetik (cthnya: Early Reading Series ReadEasy Phonics) dan kata kunci atau key words(cthnya: Key Words With Ladybird). Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana kaedah... atau kedua-duanya sekali serentak (pendekatan yang saya gunakan untuk anak saya) . 

Cubalah!!! 

NOTA: Jika di rumah anda biasa berbicara dalam Bahasa Inggeris, maka elok bermula dengan mengajar anak anda Bahasa Melayu dahulu. 


2- BELAJAR MELALUI HAFALAN

Belajar melalui teknik hafalan mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Pun begitu pada peringkat awal pendidikan anak-anak kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik buat mereka. Semasa kanak-kanak berusia kurang dari 3 tahun kemampuan untuknya memahami sesuatu yang rumit adalah agak terbatas.

Justeru mereka menggunakan kemampuan minda pada peringkat usianya untuk mengingati atau menghafal tanpa memahami sepenuhnya apa yang dipelajari. Kanak-kanak pada usia awal akan dengan mudah memberitahu kita yang daun itu hijau, gula-gula itu manis atau dengan mudah menyanyikan lagu-lagu popular yang kerap didengarinya.

Kita sebagai ibu bapa perlu menggunakan pengetahuan ini sebaiknya dengan memberikan input yang baik untuk anak-anak ingati. Ajarkannya ABC, 123, Alif Ba Ta, doa-doa dan sebagainya untuk dihafal oleh anak-anak.

Cara yang paling mudah untuk mendidik melalui kaedah ini adalah dengan mengajar sesuatu secara bernyanyi. Ajarkan ABC melalui lagu, ajarkan juga Alif Ba Ta melalui lagu, atau ajarkan sifat-sifat terpuji melalui lagu. Ia bukan sahaja memudahkan anak-anak mengingati apa yang diajarkan... lebih utama melalui lagu-lagu ianya menjadikan sessi pembelajaraan itu menyeronokkan.

Anda tak pandai menyanyi? Suara tak sedap? Jangan khuatir. Pada anak-anak suara ibu dan bapanya adalah suara yang paling dia gemari. Kalau pun lagu yang anda nyanyikan tunggang terbalik melodinya... atau suara anda terlalu sumbang untuk didengari... buat anak-anak ianya menjadi satu hiburan dan medium menerima ilmu.

Jangan malu... kerana anda adalah guru terbaik buat anak-anak anda.


3- BERMULA DENGAN "AA"... "BEH"... "CEH"... BUKAN A... B... C...

Ingin anak-anak anda cepat membaca dari seawal usia 3 tahun??? Anda perlu mulakan dengan meletakkan asas yang betul. JANGAN... ajar anak anda ABC!

Bunyinya agak drastik, bukan? Lebih-lebih lagi telah turun temurun kita mempraktikan amalan mengajar anak-anak ABC (dan ALIF, BA, TA). Bila mereka boleh mengucapkan ABC sampai Z kita rasa seronok. Pun begitu kita dapati walaupun mereka telah mengenali ABC lebih awal... anak-anak masih gagal menguasai kemahiran membaca. Tanyakan kanak-kanak berusia 7, 8 atau 9 tahun (malah yang 13 tahun pun) yang mempunyai masalah membaca... adakah mereka mengenali ABC? Saya pasti mereka semua kenal ABC. Tetapi kenapa tidak boleh membaca?

Untuk pengetahuan anda... nama-nama huruf tidak memberikan apa-apa makna buat kanak-kanak. Dan mengajar mereka nama-nama huruf tidak akan membantu mereka untuk cepat membaca. Ini kerana setiap perkataan adalah dibentuk daripada gabungan BUNYI-BUNYI huruf... bukan nama huruf!

Untuk membantu anak-anak cepat membaca kita perlu sedari awal memperkenalkan BUNYI HURUF kepada mereka. Elakkan memperkenalkan NAMA HURUF kerana ianya tidak memberikan apa-apa faedah dan makna untuk anak-anak. Bila anda memperkenalkan "A"... (penggunaan kad imbas amat sesuai untuk latihan ini)... anda perlu sebut "aa". Bila tunjuk "B" anda sebut "beh" dan seterusnya.

Biar anak anda bila nampak ABC hingga Z... terus sebut "aa", "beh", "ceh" hingga "zeh"... berbanding anak orang lain yang sebut nama huruf kerana bila mereka sudah mampu menguasai bunyi-bunyi huruf... mereka akan mudah membentuk perkataan hasil gabungan bunyi-bunyi yang telah mereka kuasai.

Cubalah... hasilnya pasti menakjubkan.

Tips Tambahan: Untuk anda yang mula memperkenalkan bunyi-bunyi huruf kepada anak-anak... suka kami usulkan supaya memperkenalkan huruf-huruf kecil dahulu (cthnya a, b dan c) dan kemudiankan huruf-huruf besar (cthnya A, B, dan C). Sebabnya... dalam penulisan huruf-huruf kecil lebih banyak digunakan berbanding huruf-huruf besar.


4- MULAKAN MINAT MEMBACA DARI AWAL

Saya kerap ditanya, "pada usia berapakah anak-anak patut diperkenalkan dengan buku-buku?" Dan jawapan yang selalu saya berikan adalah... anak-anak patut diperkenalkan kepada buku-buku dari sejak lahir lagi. Bilamana jawapan ini saya berikan kerap pula saya menerima respon, "bukan ke usia tu terlalu awal dan kalau kita bagi buku nanti dia koyak-koyakan jer! Sayang jer buku tu".

Bila dapat respond sedemikian saya hanya tersenyum...

Kanak-kanak pada usia awal memang belum boleh membaca atau diajarkan bentuk-bentuk yang terlalu rumit seperti Huruf dan Nombor. Tetapi kanak-kanak pada usia ini lebih tertarik kepada pergerakan tangan anda dan bunyi gemersik kertas semasa anda menyelak-nyelak muka surat buku tersebut. Kanak-kanak juga akan merasa terhibur dan tenteram bilamana mendengar suara anda membacakan cerita kepadanya. Dan ini ditambah lagi dengan warna-warna terang yang biasanya menghiasi buku-buku kanak-kanak.

Pada peringkat awal ini memperkenalkan buku-buku bukanlah untuk mengajarnya membaca. Anda yang perlu membacakan isi kandungan buku kepada anak-anak. Biarpun dia masih belum faham apa yang anda perkatakan... bacalah dengan nada suara yang menarik dan pelbagai. Tanpa sedar anak-anak anda akan belajar skil pertuturan yang betul melalui cerita yang anda bacakan.

Bila sedari awal buku telah hadir dalam hidup anak-anak kita dan kita mewujudkan suasana di mana buku itu suatu yang menarik dan menghiburkan, akan tertanam dengan mendalam dalam jiwa anak-anak minat kepada buku. Laungkan masa berkualiti anda bersama-sama anak-anak dengan membaca. Ketika waktu pagi/petang, semasa dalam kereta atau sejenak sebelum tidur. Pastikan ianya lakukannya secara konsistent setiap hari pada masa yang tetap.

Di peringkat awal gunakan buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang jelas dan penuh warna-warni... juga mempunyai jalan cerita yang menarik agar mudah buat anda untuk bercerita kepadanya. Jangan bimbang anak-anak suka menggigit, mengoyak atau menconteng buku-buku. Ia adalah sebahagian dari proses untuknya belajar. Lagi pun lebih elok buku-buku ini "diguna sepenuhnya" dari tersusun rapi di dalam almari tanpa disentuh, bukan?


5- BELAJAR MEMBACA BERMULA DARI BENTUK-BENTUK ASAS

Kebanyakkan ibu bapa mula memperkenalkan anak-anak kepada konsep membaca bermula dengan memperkenalkan huruf-huruf dan nombor-nombor. Memahami yang kanak-kanak agak sukar memahami konsep huruf dan nombor pada usia terlalu awal maka ramai ibu bapa beranggapan yang anak-anak hanya sesuai diajar membaca bermula dari usia 2 atau 3 tahun dan bukan pada usia yang lebih awal.

Persepsi ini sebenarnya kurang tepat dan merugikan anak-anak. Latihan membaca sebenarnya boleh kita mulakan dari mula anak-anak boleh melihat. Tetapi… bukan dengan memperkenalkan anak-anak kepada huruf dan nombor,. Sebaliknya kita bermula dengan memperkenalkan bentuk-bentuk asas kepadanya. Bentuk-bentuk seperti Bulatan, Segi Tiga dan Segi Empat adalah antara bentuk-bentuk yang boleh diperkenalkan.

Persediaan mendidik anak melalui kaedah ini mudah dan murah sahaja iaitu anda cuma perlu membuat kad-kad imbas dengan satu bentuk pada setiap kad. Seeloknya gunakan kad berwarna cerah dan lukiskan bentuk-bentuk asas tadi menggunakan warna terang (seperti Hitam, Merah atau Hijau).

Kemudian apa yang perlu anda lakukan adalah menunjukkan satu atau dua kad tersebut ketika bermain dengan anak-anak sambil menyebut nama bentuk tersebut. Ulangi proses ini setiap kali anda bermain dengan si kecil.

Pengenalan kepada bentuk-bentuk asas ini akan menyediakan minda anak-anak untuk menerima bentuk-bentuk yang lebih kompleks seperti huruf dan nombor di masa hadapan. Anak-anak yang telah terdedah lebih awal dengan bentuk-bentuk asas akan lebih cepat mengenali dan memahami huruf dan nombor bilamana ia mulda diajarkan kepadanya.

Satu lagi… anda juga boleh mula memperkenalkan konsep Warna kepada anak-anak di usia awal ini.

Cuba… Istiqamah… Yakin… Pasti berjaya, insyaAllah.


6- LATIHAN BERULANG-ULANG MENINGKATKAN KEMAHIRAN
Pada suatu petang seorang ayah yang tua bersama anaknya yang telah dewasa duduk di bawah sepohon pokok. Seketika kemudian hinggap seekor burung lalu si Ayah bertanya, "nak... itu apa nak?". Si Anak dengan lembut menjawab, "itu burung... ayah". Beberapa minit kemudian si Ayah bertanya lagi, "nak... yang kat atas pokok tu apa nak?". Si Anak yang agak kehairanan masih tetap menjawab, "itu seekor burung... ayah".

Selepas beberapa ketika si Ayah bertanya sekali lagi, "apa benda yang di atas pokok tu nak?". Kali ini si Anak yang mula hilang sabar menjawab dengan nada keras... "Ayah pekak ke?!!! Kan saya dah bagi tahu yang kat atas tu BURUNG!!!".

Si Ayah lalu memandang anaknya seraya berkata, "ketika kamu kecil kamu akan bertanyakan tentang suatu perkara yang sama kepada Ayah... lagi... dan lagi... dan lagi. Tetapi ayah tetap gembira menjawab dan menerangkannya kepada kamu setiap kali kamu bertanyakan tentangnya. Ayah tahu kamu bukan tidak tahu jawapannya... tetapi sekadar inginkan perhatian dari ayah... untuk meyakinkan diri kamu yang ayah sebenarnya menyayangi kamu".


Apakah yang dapat kita timba dari cerita di atas? Ya... dalam mendidik anak-anak yang masih kecil latihan dan didikan yang berulang-ulang merupakan proses yang perlu. Ini kerana otak anak-anak yang masih kecil agak terbatas dalam memproses maklumat yang diberikan kepadanya. Justeru memberikan maklumat yang sama berulang-ulang memberikan peluang kepada anak-anak untuk menambah dan seterusnya merangkaikan maklumat yang diterima menjadi sebuah informasi lengkap sebagaimana yang ingin kita sampaikan.

Contohnya, dalam mendidik anak minat membaca adakalanya perlu untuk kita membacakan sesebuah cerita itu berulang-kali. Mungkin buat kita ia suatu yang membosankan kerana perlu membaca cerita Cinderella atau Bawang Merah Bawang Putih hampir setiap malam kepada anak-anak. Tetapi tanpa kita sedari setiap kali kita membacakan cerita yang (walaupun) sama anak-anak akan menangkap dan merakamkan maklumat baru yang sebelum ini dia terlepas. Di samping itu proses berulang-ulang ini juga membolehkan anak-anak kita memperkukuhkan penguasaan bahasa... iaitu dari segi tatabahasa, nada ekspresi perkataan, susunan ayat dan lain-lain.

Jadi lakukan sesuatu itu secara berulang-ulang bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri anak-anak. Jika dia kerap bertanya perkara yang sama... janganlah marah... sebaliknya berikan jawapan yang mudah yang dapat diterima oleh minda kanak-kanak. Dia mungkin mahukan kepastian... atau cuma inginkan perhatian kasih sayang daripada anda.


7- MERANGSANG MINDA MELALUI AKTIVITI FIZIKAL

Latihan untuk menggalakkan anak cepat membaca tidak terhad kepada penggunaan buku-buku dan kad imbas semata-mata. Aktiviti-aktiviti berbentuk fizikal juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada perkembangaan anak-anak. Aktiviti seperti melompat, merangkak, berguling, dan lain-lain akan merangsang perkembangan otak dalam membentuk jaringan baru sel-sel. Kanak-kanak yang mempunyai otak yang berkembang pesat akan lebih mudah menerima latihan dan didikan, dan anda akan lihat dia lebih proaktif dan ceria.

Semasa anda mendidik anak membaca dan lihat dia agak lemah atau kurang berminat... berhenti! Ajak dia berguling-guling, merangkak, melompat-lompat atau berlari sekeliling (anda perlu buat bersama ya... jangan malu-malu) sambil anda menyanyi atau menyebutkan perkataan-perkataan yang sedang dipelajarinya. Kepelbagaian aktiviti seperti ini akan mengurangkan rasa bosan yang mungkin timbul dari proses pembelajaran yang terlalu mendatar (monotonous).

Buat rakan-rakan yang mempunyai anak-anak yang masih kecil (bayi) suka saya sarankan agar menggalakkan anak-anak untuk berkembang mengikut peringkat-peringkatnya. Benarkan dia belajar meniarap, kemudian merangkak, kemudian bertatih dan akhirnya berjalan. Melakukan jalan pintas seperti meletakkannya di dalam walker bukan sahaja memberikan tekanan pramatang kepada tubuhnya... ia juga merencatkan perkembangan normal diri anak anda tadi.


8- PUNCA ANAK KURANG TUMPUAN, MALAS DAN LESU

Tips kali ini berbeza sedikit berbanding tips-tips yang lalu. Kalau sebelum ini saya kerap memberikan teknik dan pendekatan yang perlu anda lakukan bagi melatih anak cepat membaca... tetapi kali ini saya nak sentuh tentang pra-persiapan sebelum melatih mereka membaca.

Tahukah anda, menurut kajian sebuah universiti terkemuka di United Kingdom kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi mempunyai kemampuan dan keupayaan otak yang tidak jauh bezanya dengan orang dewasa berusia 60 tahun... semasa di dalam bilik darjah? Mengejutkan bukan?

Peranan sarapan amat penting buat anak-anak kerana ia memberikan tenaga dan zat segera bagi mengembalikan fungsi badan terutamanya otak setelah berehat sepanjang malam. Tanpa nutrisi yang diperlukan... kita akan dapati anak-anak akan sukar memberikan tumpuan pada pelajaran, cepat mengantuk, keletihan dan malas.

Jadi pastikan anak-anak kita mendapatkan sarapan pagi setiap hari. Tak perlu sarapan yang berat-berat, bijirin bersama susu atau minuman koko sudah memadai. Ditambah juga dengan beberapa butir kismis atau buah kurma sebagai amalan harian untuk mencerdaskan minda.


9- BELAJAR MEMBACA KETIKA MEMASAK 

Jika anak anda suka menolong anda di dapur, minta dia membantu anda membacakan senarai bahan-bahan dan arahan dalam resepi ketika anda sedang memasak. Dengan cara ini anak anda akan dapat belajar membaca dan belajar bagaimana mengikut arahan.

Mungkin anak anda masih dalam peringkat awal belajar membaca dan sukar untuk menyebut perkataan-perkataan yang tertulis pada buku resepi, tambahan lagi perkataannya ditulis lebih kecil. Apa yang perlu anda lakukan adalah menunjukkan dengan jari anda perkataan utama pada baris resepi tersebut... dan sebutkan nama bahan yang tertulis. Galakkan anak anda mengulangi apa yang anda sebutkan sambil menunjukkan dengan jari perkataan tadi.



Kemudian tunjukkan pula kepadanya "bahan atau benda" yang disebutnya tadi... seperti bawang, telur dan sebagainya. Anak anda akan dapat membentuk jalinan perkataan dan benda. Ini akan meningkatkan perbendaharan kata anak-anak... dan aktiviti ini jika dilakukan berulang kali membolehkan anak anda mengenal atau mengecam bentuk perkataan dan segera mengaitkannya dengan benda yang pernah dilihat.

Pada sesi yang lain anda mungkin kagum yang anak anda dapat menyebut bahan-bahan yang tertulis tanpa dibantu... terutamanya bahan yang telah kerap kali dia lihat dan "baca".

Kata-kata hikmat mendidik anak cepat pandai

Menurut penulis artikel ini, kaedah ini boleh nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :
1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik, dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.
2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a..b.c.d . Harapan mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .
3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.
4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .
6) Main teka-teki dengan mereka.Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.
Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya Tolong senyap Along berbanding Along Jangan bising .
Berikut info tambahan yang turut di peroleh dari akbar berita harian. Semoga tips ini sama2 dapat diamalkan dan berjaya melahirkan lebih ramai cerdik pandai rohani dan jasmani.
***
INFO: Tip untuk ibu bapa
  • Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan banyakkan berdoa untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin, berdoa berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
  • Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
  • Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmu
1) Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
2) Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
3) Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4) Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati.